Maklumat mengenai ubat-ubatan yang biasa diambil seperti kegunaan, cara pengambilan dan kesan-kesan sampingan sekiranya ada.

Powered by Blogger.

Search This Blog

Polycystic Ovary (PCO) mengancam kesuburan wanita Malaysia

Polycystic Ovary (PCO) mengancam kesuburan wanita Malaysia

Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.

Polycystic Ovary atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesihatan pada wanita tersebut.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

pcos1.gif




arrow_icon01.gifApakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?

TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.

I.Haid tidak teratur.

Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

II.Gemuk

Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan

Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.

IV.Tumbuh rambut.

Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

Apakah puncanya ?.

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon follicle stimulating hormon FSH (normal), Luteinizing hormone LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penaykit ini.

arrow_icon01.gifCiri ovari dalam ultrasound.

Jika doktor pakar sakitpuan membuat pemeriksaan ‘vaginal ultrasound’ ia akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar sampai dua atau tiga kali ganda dari saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar “honeycomb appearance”. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. Sila lihat laman Timang dalam tajuk slide dimana ada gambar “polycystic ovary”.


arrow_icon01.gifMerawat polycystic ovari

i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan.

ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.


arrow_icon01.gifCara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)

Dalam merawat pesakit perkara yang terpenting sekali bagi pesakit berkenaan ialah ketabahan ,disiplin serta keazaman diri untuk mengurangkan berat badan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kg dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kg.

Untuk mengurangkan berat badan memang memerlukan ketabahan, kegigihan dan disiplin yang kuat kerana sebenarnya orang orang yang obese atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Oleh itu ia memerlukan rawatan mental supaya ia lebih tabah dan disiplin lagi dalam mengawal pemakanan mereka. Di samping mengawal pemakanan yang mungkin berlebihan dalam kabohidret dan gula, ialah mereka perlu membuat riadah atau exercise yang sewajar.


arrow_icon01.gifMeningkatkan kesuburan wanita.

Dari segi merawat kesuburan terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar-pakar sakitpuan. Diantaranya ialah ubat-ubat seperti berikut.


arrow_icon01.gifUbat subur Clomiphene

Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur.

Respons yang positif dengan adanya pengeluaran telur mungkin berlaku hanya di kalangan sebahagian pesakit sahaja, mungkin separuh daripada mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur.

Walau demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa dan ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.

Ubat kesuburan yang lain daripada Clomiphene ialah ubat suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.


arrow_icon01.gifUbat Metformine

Sekarang ini ubat Metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sampai enam bulan. Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang memakan ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung.

arrow_icon01.gifRawatan laparoscopy dan ovarian drilling
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.

Nota:

Artikel ini di petik dari laman web Dr. Hamid Arshad. - http://www.hamidarshat.com/

62  PERATUS WANITA MALAYSIA ALAMI OBESITI ABDOMEN

62 PERATUS WANITA MALAYSIA ALAMI OBESITI ABDOMEN

Sebanyak 62 peratus wanita dan 48 peratus lelaki di negara ini mengalami perut buncit atau obesiti abdomen kesan daripada gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat.

Pengarah Perubatan, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr. Robaayah Zambahari berkata, kajian yang dijalankan oleh Bentuk Bangsa Malaysia (MySoN) menunjukkan mereka diancam pelbagai penyakit berbahaya.

Beliau berkata, penyakit berkenaan termasuk berkaitan kardiovaskular, ketegangan melampau dan faktor utama serangan sakit jantung.

Katanya, perbandingan dengan kajian yang dibuat pengkaji luar negara juga menunjukkan peratusan yang dicatat di negara ini lebih tinggi berbanding beberapa buah negara lain dan angka ini amat membimbangkan.

‘‘Peratusan di Singapura adalah sebanyak 41 hingga 54 peratus wanita dan 21 hingga 26 peratus lelaki mengalami obesiti abdomen.

‘‘Di Amerika Syarikat pula sebanyak 52 peratus wanita dan 36 lelaki mengalami masalah ini serta 42 peratus wanita dan 21 peratus lelaki mengalami masalah yang serupa di Korea Selatan,’’ katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Kajian secara rawak oleh MySoN dilakukan selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 Jun tahun lalu melibatkan 1,893 responden berumur antara 18 hingga 80 tahun.

Kesemua responden datang ke klinik-klinik swasta dan kerajaan serta melibatkan 90 orang pengamal perubatan daripada seluruh negara.

Daripada jumlah itu 47.5 peratus responden adalah lelaki dan 52.5 peratus responden pula wanita.

Dari segi etnik pula sebanyak 50 peratus Melayu, 29 peratus Cina, 18 peratus India dan tiga peratus lain-lain etnik.

Di negara ini, ukur lilit pinggang mereka yang dikategori tidak mengalami obesiti ialah kurang 35.4 inci bagi lelaki dan 31.5 bagi wanita.

Dr. Robayaah berkata, kaum India berada di kedudukan paling tinggi buncit iaitu sebanyak 63.4 peratus, Melayu 53.5 peratus, Cina 50.8 peratus dan lain-lain kaum 45.2 peratus.

‘‘Selain mengambil ukur lilit pinggang kajian juga mengambil kira faktor lain seperti tinggi, berat dan data demografi melibatkan gender, umur dan pendidikan tertinggi yang diterima.

‘‘Berdasarkan perbezaan Kajian Kekerapan Kesihatan Nasional ke-2 yang menggunakan pengukuran BMI pada tahun 1996 dapat dilihat masalah ini meningkat sebanyak 124 peratus dalam masa 10 tahun apabila jumlahnya bertambah dari 24.1 peratus kepada 54 peratus pada tahun lepas,’’ jelasnya.

PERKEMBANGAN ANAK DALAM KANDUNGAN

PERKEMBANGAN ANAK DALAM KANDUNGAN

Pada bulan pertama anda mungkin tidak sedar bahawa anda telah pun mengandung. Janin dalam kandungan anda amat kecil, hanya berukuran beberapa milimeter sahaja. bagaimana pun jantungnya telah mula berdegup dan paru-parunya telah berkembang. Setiap organ badanya telah pun mula terbentuk seperti otak dan tulang belakang.


Pada bulan kedua dan ketiga janin sudah semakin membesar dan beratnya kira-kira 30 gram. Malah pada bulan ketiga anda boleh mula mendengar degupan jantung melalui alat imbasan bunyi (ultra sound) dengan bantuan doktor.
Pada bulan keempat anda mula boleh merasakan bayi anda bergerak-gerak seperti tendangan kecil. Bulan kelima bayi anda semakin membesar dan jika anda membuat imbasan, anda akan boleh melihat tangan bayi bergerak ke mulutnya.
Janin mendapat makanan melalui uri
Seterusnya dalam bulan keenam bayi anda semakin aktif bergerak kekiri dan ke kanan atau berpusing kebawah atau kebelakang. Beratnya kira-kira 0.7kg. Gerakan yang lebih aktif akan dapat anda rasakan dalam bulan ketujuh dan mula memberi reaksi kepada bunyi bising.

Bayi anda mula mampu mengesan cahaya dan bertindak balas terhadapnya dalam bulan kelapan dan beratnya kira-kira 1.8kg.

Tiba bulan ke sembilan, berat bayi anda bertambah sekurang-kurangnya satu kilogram lagi. Kini anda hanya menunggu masa untuk membawa bayi anda ke dunia ini untuk hidup bersama anda.



Delima Bio Emas
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindakbalas bersama sodium, ‘potassium’ mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Buah ini menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung), mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan).

Meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan semua ibu mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima Bio Emas memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi.
Sebahagian besar ibu-ibu menghadapi gejala alahan mengandung seperti loya-loya, muntah serta pelbagai ragam lagi. Bagi mengelak gejala ini berlaku, ambillah Bio Emas satu sudu besar sebelum tidur malam dan satu sudu besar sebaik bangkit dari tidur pada awal pagi. Insyaalah anda akan sentiasa sehat dan segar dan dapat mengatasi alahan mengandung.

Ianya juga dapat mengelakkan kekejangan kaki yang dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.


Bagi sdri yang berhajat mendapatkan Jus Delima Bio Emas bolehlah menghubungi:

PUSAT JUALAN JUS DELIMA BIO EMAS:

NORHAFIZAH NORDIN
TEL: 013 9040627

ALAMAT:

PERNIAGAAN PIRZA BAKTI
19, LORONG 1, TAMAN MENTIGA JAYA,
26600 PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR.


HARGA JUALAN


A. Saiz 400ml - 1 botol - RM65.00

B. Saiz 700ml - 1 botol - RM95.00 
                                                          

Kos pos

Semenanjung RM8/unit

Sabah/Sarawak RM11/unit




Sila hubungi Hotline: 013-9696 788
Kanser Buah Dada-Video Klip Part 1

Kanser Buah Dada-Video Klip Part 1

Sila ikuti penerangan melalui klip video mengenai kanser buah dada. Wanita Minggaun akan terus menyediakan klip sambungannya tidak lama lagi.


Dan ini pula Klip Video menunjukkan kaedah rawatan LIESH
Part 1


Part 2
Proses Melahirkan

Proses Melahirkan

Umumnya sepanjang tempuh kehamilan, bakal ibu mendapat nasihat dan panduan daripada pusat kesihatan, dari seawal hamil hingga saat melahirkan bayi. Bagi semua ibu, saat menjelang melahirkan seorang bayi adalah detik yang penuh dengan dugaan dan cabaran menahan kegetiran dan kesakitan. Saksikan video berikut untuk panduan dan renungan.
Anda Mesti Periksa Sendiri Payudara Anda

Anda Mesti Periksa Sendiri Payudara Anda

Lebih cepat kita dapat mengesan gejala (symptom) kanser, semakin baik pula harapan kesembuhannya. Demikian pula halnya dengan kanser payudara. Oleh itu, jangan segan untuk melakukan pemeriksaan sekerap mungkin.

Mencegah selalu lebih baik daripada merawat.Dari itu itu, cubalah kenali dan fahami payudara Anda. Dengan demikian, Anda dapat mengetahui bila terdapat kejanggalan pada payudara Anda secepat mungkin. Caranya mudah. Anda dapat melakukan pemeriksaan payudara sendiri (Sadari) di depan cermin. SADARI adalah moto yang harus kita ingat. SADARI adalah singkatan dari PerikSA PayuDAra SendiRI . Sadari mesti dilakukan mulai usia berapa pun tapi sangat dianjurkan bila usia anda sudah lebih dari 20 tahun.

Perhatikanlah bentuk payudara Anda dari depan, sisi kiri, dan kanan, apakah ada benjolan, perubahan warna kulit, puting bersisik dan mengeluarkan cairan? Ataukah ada kejanggalan-kejanggalan lain? Untuk mengenalpastinya, lakukan pemeriksaan berikut:

  • Tahap 1: Melihat perubahan bentuk dan besarnya payudara, perubahan puting susu, serta kulit payudara di depan kaca. Sambil berdiri tegak di depan cermin, posisi kedua lengan di samping badan, selanjutnya kedua lengan di atas kepala, kemudian kedua tangan ditekan kuat di atas pinggul sementara otot dada ditegangkan.
  • Tahap 2: Rasakan adanya perubahan dengan cara berbaring. Letakkan bantal kecil di bawah bahu kanan, lengan kanan di bawah kepala. Periksa payudara kanan dengan tangan kiri dengan meratakan jari-jari secara mendatar untuk merasakan adanya benjolan. Periksa pula lipatan lengan, batas luar payudara, dan ke seluruh payudara.
  • Tahap 3: Perhatikan tanda-tanda perdarahan atau keluarnya cairan dari puting susu. Caranya dengan memencet puting susu dan melihat apakah ada darah atau cairan yang keluar.
  • Tahap 4: Lakukan hal serupa pada payudara sebelah kiri, dengan meletakkan tangan kiri di bawah kepala, lalu gunakan tangan kanan untuk memeriksa payudara sebelah kiri. Bila Anda mendapati adanya kejanggalan, segeralah mendapatkan nasihat doktor perubatan.
    Payudara yang cukup sehat
    Selain Sadari, pemeriksaan payudara juga dapat dilakukan dengan cara mamografi. Bagaimana pun seringkali pemeriksaan payudara sendiri jauh lebih cepat dalam mengesan adanya kanser payudara.Oleh itu, lakukan SADARI, dan bila Anda mencurigai adanya kejanggalan, segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Pada saat itu, mammografi mungkin akan disyorkan oleh doktor Anda.
Dengan mengetahui gejalanya seawal mungkin, besar pula kemungkinan kanser payudara dapat disembuhkan.
Tahukah Anda?

Tahukah Anda?

Otot-otot (urat-urat halus) yang terdapat pada penis (kemaluan lelaki) yang kekurangan darah akan menyebabkan ia berlaku kurang-upaya (kepayahan untuk naik, iaitu sekejap naik-sekejab tidak naik, kerana darah sejuk di kemaluan). Antaranya disebabkan oleh faktor stress (seperti tekanan kerja, pemakanan, amalan gaya hidup yang meningkat , umur dsb. Untuk mengatasinya bagi mereka yang mengalami simptom ini, salah satu cara ialah mengambil "Tribulus Terreteris" iaitu herba yang terdapat didalam kapsul Pronoton Magic In-A Capsule.
Orang-Orang Eropah atau Amerika secara mata kasar mengemarkan makanan "Fast Food" seperti kentang goreng, sandwich, burger daging, french fries yang sering kita lihat di dalam peti televisyen. Seperti yang kita maklum setiap makanan ini kandungannya sangat tinggi kalori dan lemak (ambil contoh: Cheese Burger - Berat 124g mengandungi 341 (kcal) Kalori dan 38% lemak).Tetapi disebalik itu, mereka mengamalkan pengambilan pilihan suplemen Herba untuk mengimbangi kesihatan. 75% dari rakyat Amerika menggunakan herba, yang banyak terdapat di negara mereka terutama Negara Balkan. Kalau di Malaysia herba tempatan seperti Tongkat Ali, kunyit, halia, daun limau purut , limau kasturi, dsbnya memang terkenal khasiatnya tersendiri. Tidak hairan lah mereka ini (Orang Barat) nampak hebat-hebat belaka dengan ukuran saiz badan dan "organ dalaman" mereka. Tribulus Terresteris jika diambil yang berterusan akan memberikan impak "kehebatan" kepada setiap orang lelaki.
Tip Kesihatan Sexuality

Tip Kesihatan Sexuality

KESIHATAN adalah merupakan anugerah yang amat bernilai dikurnia oleh Allah swt kepada setiap insan. Tanpa kesihatan yang sempurna & jitu, tidak akan memberi sebarang makna kepada kita walaupun mempunyai banyak harta, emas, perak dan wang ringgit. Setiap hari didada akhbar dipaparkan terdapat ramai orang yang menderita disebabkan oleh berbagai masalah dan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kanser prostat dan paling tidak sedikit iaitu masalah tenaga batin (dysfunction erectile). Mereka ini masih mencari ubat-ubatan, herba, Tongkat Ali dan rawatan yang sesuai untuk mengatasi penyakit mereka. Serangan penyakit jantung adalah merupakan pembunuh nombor satu didunia, manakala kanser prostat adalah ditangga nombor dua.

Awalan serangan sakit jantung datangnya secara tiba-tiba tanpa amaran atau tanda-tanda tertentu, manakala kanser prostat datang secara beransur-ansur diawal usia 40an dengan cara tersendiri. Terdapat juga mereka yang masih diusia muda remaja di kesan mempunyai masalah prostat ini seperti kesukaran untuk membuang air kecil atau sakit dibahagian organ lelaki.(sila lihat keratan akhbar dibawah.)

Pronoton adalah produk berasaskan herba sebagai pilihan untuk melegakan masalah prostat dan sebagai langkah awalan untuk membendungnya . Produk Pronoton telah membantu ramai orang dewasa baik lelaki dan wanita merujuk kepada testimonial yang mereka berikan.
Impian setiap Wanita Mempunyai Suami Hebat

Orang muda tidak kira lelaki atau gadis akan menempuh gerbang perkahwinan setelah mendapat jodoh pertemuan. Malam pertama akan membawa seribu kenangan manis untuk sepanjang hayat dengan cara terjalinnya hubungan intim (perhubungan sek) suami isteri.Saat ini tidak mudah dilupakan didalam lipatan sejarah rumahtangga. Namun terdapat pasangan pengantin baru (lelaki) akan merasa debaran dimalam pertama kerana itulah kali pertama,mereka akan beradu bersama orang tersayang. Ada yang sudah bersedia dengan bekalan ilmu perkahwinan dan ada yang belum dengan 'senjata' masing-masing kerana merasa cemas pada malam pertama. Sebagai contoh, jika kita hendak pergi "berjuang" adakah kita akan pergi dengan tangan kosong iaitu tanpa persediaan atau berserah kepada keadaan? Sebagai pilihan, dengan bekalan PRONOTON Magic in a Capsule sebagai pilihan, anda tidak perlu risau dan gusar tentang kemampuan tenaga lelaki hebat anda. Kenapa harus malu, kerana kita serupa sahaja dengan pertambahan usia tahun demi tahun.

PRONOTON Magic in a Capsule adalah kapsul alternatif untuk memberi rangsangan tenaga kepada pasangan pengantin baru dan juga kepada mereka yang telah lama mendirikan berumahtangga. Katakan pada diri anda, anda adalah seorang lelaki sejati. Itulah "kunci" paling utama anda untuk bahagia.Isteri anda pasti akan senyum gembira dipagi hari. Keesokkan pagi hari, ianya akan membancuhkan kopi panas dan mengoreng pisang tanduk sebagai sarapan atau paling tidak merendam telor separuh masak dua butir.
Back To Top