Apa yang terkandung
dalam risalah ini
1. Apakah
kegunaan Lodoz
2. Bagaimana
Lodoz berfungsi
3. Sebelum
mengambil Lodoz
4. Cara
menggunakan Lodoz
5. Semasa
anda menggunakan Lodoz
6. Kesan-kesan sampingan
7. Cara
penyimpanan dan pelupusan Lodoz
8. Maklumat
lanjut
9. Pengilang
dan Pemegang pendaftar produk
10. Tarikh
kemaskini RiMUP
Apakah kegunaan Lodoz
Bahan aktif
adalah bisoprolol dan hydrochlorothiazide. Ubat ini disyorkan untuk rawatan
tekanan darah tinggi di kalangan pesakit yang tidak dapat mengawal tekanan darah
secukupnya dengan bisoprolol atau hydrochlorothiazide sahaja.
Bagaimana Lodoz berfungsi
Bisoprolol
tergolong dalam kumpulan ubat dinamakan penyekat beta dan digunakan untuk
menurunkan tekanan darah. Bisoprolol memperlahankan kadar denyutan jantung dan
menjadikan jantung lebih cekap mengepam darah ke seluruh badan. Hydrochlorothiazide tergolong dalam kumpulan
ubat dinamakan diuretik thiazide (juga dikenali sebagai “pil air”).
Hydrochlorothiazide membantu menurunkan tekanan darah dengan meningkatkan
pembuangan air kencing.
Sebelum mengambil Lodoz
Bila tidak boleh mengambil :
· anda alah kepada
bisoprolol, hydrochlorothiazide, thiazide lain, sulphonamides (bahan yang
secara kimia dikaitkan kepada hydrochlorothiazide) atau sebarang ramuan lain
dalam ubat ini.
·
anda mengalami kelemahan akut otot jantung (kegagalan jantung akut) atau jika
kelemahan otot jantung anda tidak dikawal (kegagalan jantung dekompensasi)
· anda mengalami kejutan
disebabkan serangan jantung (kejutan kardiogenik)
· anda mengalami gangguan
teruk ritma denyutan jantung (sekatan AV darjah ke-2 dan ke-3, sindrom sinus
sakit, sekatan sinoatrium)
· kadar denyutan jantung
anda tersangat perlahan
· anda menghidap asma teruk
atau masalah pernafasan lain seperti gangguan pernafasan kronik
·
anda mengalami gangguan peredaran yang teruk hingga menjejaskan anggota
(seperti sindrom Raynaud yang boleh mengakibatkan jari tangan dan kaki menjadi
pucat, lebam atau menggelenyar)
· anda mempunyai
phaeochromocytoma (tumor adrenal luar biasa) yang tidak dirawat
· anda mengalami
peningkatan kepekatan asid darah (asidosis metabolisme) disebabkan penyakit
serius
· anda mengalami gangguan
buah pinggang atau hati yang teruk
· tahap kalium darah anda
rendah dan rawatan tidak berkesan
· anda menyusukan bayi
· anda mengalami kekurangan
natrium yang teruk (hyponatraemia)
·
tahap kalsium dalam darah anda meningkat (hypercalcaemia)
· anda mengalami gout
Sebelum mula mengambil Beritahu doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil
Lodoz jika anda: mengalami kegagalan jantung. Ubat ini boleh menyebabkan
kekurangan kalium.Tahap kalium rendah ada kalanya boleh menyebabkan masalah
ritma denyutan jantung yang kadangkala boleh membawa maut.
· Doktor anda perlu
melaraskan dos bisoprolol anda dengan teliti sebelum anda mula mengambil Lodoz
· merancang untuk menjalani
pembedahan. Kadar denyutan jantung dan tekanan darah anda boleh berubah apabila
ubat bius diambil bersama dengan Lodoz. Beritahu pakar bius bahawa anda mengambil
Lodoz
· menghidap asma atau
sebarang gangguan pernafasan kronik lain yang boleh menyebabkan gejala
kesukaran bernafas atau penyempitan saluran udara (bronkospasma). Dalam kes
sedemikian, doktor anda mungkin menaikkan dos ubat pernafasan yang sedia ada atau
menambah lebih banyak ubat untuk masalah pernafasan.
· menghidap diabetes
(kencing manis), Lodoz boleh menyembunyikan gejala gula darah rendah
(hipoglisemia)
· puasa dan melakukan
aktiviti fizikal yang berat
· mendapat tumor medula
adrenal (phaeochromocytoma) yang sedang dirawat; Lodoz hanya boleh digunakan
dalam kombinasi dengan produk ubat tertentu (penyekat alfa)
· menerima rawatan untuk
tindak balas alahan. Lodoz mungkin memburukkan lagi tindak balas alahan anda.
Rawatan normal anda juga boleh menjadi kurang berkesan
· gangguan tiroid
(bisoprolol boleh menyembunyikan gejala tiroid terlebih aktif).
· mengalami gangguan
konduksi jantung (sekatan atrioventrikel (AV) darjah 1)
· dada rasa sesak, sakit
sewaktu berehat (angina Prinzmetal). Lodoz mungkin meningkatkan bilangan dan
tempoh serangan
· menghidap (atau pernah
menghidap) masalah kulit berulang-ulang menyebabkan kulit bersisik, ruam kulit
kering (psoriasis)
· mengalami masalah
peredaran darah dalam jari tangan, jari kaki, lengan dan kaki atau sakit
seperti kekejangan dalam betis disebabkan bersenam atau berjalan. Keadaan ini mungkin
teruk, khususnya sewaktu permulaan rawatan
· mengalami kekurangan
jumlah darah (hypovolaemia)
· mengalami masalah buah
pinggang atau hati ringan hingga sederhana
· tahap asid urik tinggi
dalam darah anda (hyperuricaemia), memandangkan Lodoz berkemungkinan
meningkatkan risiko serangan gout
· anda sudah berumur
· merancang untuk
mendedahkan diri anda kepada matahari atau sinar UV tiruan, memandangkan
sesetengah pesakit pernah mendapat ruam kulit selepas terdedah kepada matahari.
Oleh itu, anda mesti melindungi kulit anda semasa rawatan dengan Lodoz.
· Jika anda memakai kanta
lekap, Lodoz mungkin mengurangkan pengeluaran air mata, yang boleh menyebabkan
kerengsaan. Manfaat penuh daripada ubat pendorong kencing (hydrochlorothiazide)
untuk tekanan darah hanya diperolehi apabila buah pinggang berfungsi dengan
sewajarnya. Fungsi buah pinggang boleh merosot di kalangan pesakit yang sudah
pun mengalami masalah buah pinggang.
Jika mengambil
ubat-ubat lain
Beritahu
doktor atau ahli farmasi anda jika anda sedang mengambil, baru-baru ini
mengambil, atau mungkin akan menggunakan sebarang ubat lain. Beritahu doktor
anda jika anda sudah pun mengambil atau menggunakan mana-mana ubat berikut yang
boleh bertindak balas dengan ubat anda.
Jangan
ambil Lodoz dengan:
· sultoprida, digunakan
untuk merawat skizofrenia. Ambil langkah berjaga-jaga khas dengan Lodoz dan
· sesetengah ubat yang
digunakan untuk merawat hipertensi, angina atau aritmia jantung (seperti
verapamil, diltiazem, bepridil, amlodipine, felodipine) yang boleh meningkatkan
risiko gangguan ritma denyutan jantung atau boleh menyebabkan tekanan darah
rendah.
· ubat untuk merawat
tekanan darah tinggi (clonidine, moxonidine, amlodipine, methyldopa, reserpine,
ACE inhibitors)
· ubat lain yang digunakan
untuk merawat keadaan mental tertentu (lithium,trycylic, phenothiazines) · ubat untuk merawat
denyutan jantung (quinidine, disopyramide, amiodarone, sotalol)
· ubat untuk mengawal
kelajuan denyutan jantung anda (digitalis glikosida)
· ubat untuk merawat
kesakitan, bengkak atau kemerahan (ubat antiradang)
· penyekat beta topikal
seperti titisan mata untuk merawat glukoma
· insulin atau ubat makan
untuk merawat diabetes
· jika anda akan menjalani
pembedahan yang memerlukan pembiusan, beritahu doktor anda bahawa anda
mengambil Lodoz
· ubat untuk merawat
kemurungan (tricyclic antidepressants)
· ubat yang menjejaskan
sistem saraf anda seperti epinephrine, norepinephrine (sympathomimetics) · ubat untuk mengurangkan
tahap asid urik dalam darah
· ubat yang menjejaskan
atau boleh terjejas dengan tahap kalium darah, seperti digoxin, ubat untuk
merawat ritma denyutan jantung, sesetengah ubat antipsikotik
· corticosteroid,
amphotericin, furosemide, julap. Ubat-ubat ini boleh menyebabkan kekurangan kalium
· methyldopa. Ubat ini
boleh menyebabkan masalah dengan tekanan darah anda
· mefloquine untuk mencegah
malaria, ia mungkin memperlahankan kadar denyutan jantung anda
Cara
menggunakan Lodoz
1. Berapa
banyak harus diambil
Ambil ubat
ini betul-betul seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Jika anda tidak pasti,
minta penjelasan daripada doktor atau ahli farmasi anda. Dos yang disyorkan
adalah satu biji pil Lodoz 2.5/6.25 mg untuk diambil sekali sehari. Jika
kesannya tidak mencukupi doktor anda mungkin meningkatkan dos kepada satu biji
pil Lodoz 5/6.25 mg diambil sekali sehari.
Jika dos
kedua membuktikan tidak berkesan, dos boleh dinaikkan kepada satu biji pil
Lodoz 10/6.25 mg sekali sehari.
2. Penggunaan di kalangan kanak-kanak
Penggunaan
Lodoz tidak disyorkan kerana tiada pengalaman yang mencukupi dalam penggunaan
produk ubat ini di kalangan kanak-kanak.
3. Penggunaan
di kalangan orang tua
Tiada
perubahan dos biasanya diperlukan. Dos paling rendah disyorkan untuk permulaan.
4. Kerosakan
fungsi buah pinggang
Di kalangan
pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang ringan hingga sederhana, doktor
mungkin mengarahkan penggunaan dos lebih rendah. Pil Lodoz tidak boleh
digunakan jika pesakit mengalami kerosakan buah pinggang teruk (lihat bahagian
‘Bila tidak boleh mengambil’).
5. Bila
perlu diambil
Untuk
diambil melalui mulut. Pil mesti diambil pada waktu pagi, dengan makanan .Pil
boleh ditelan dengan cecair dan tidak boleh dikunyah. Pil hendaklah diambil
sekali sehari.
6. Berapa
lama perlu diambil
Tempoh rawatan tidak terhad dan bergantung
pada keadaan penyakit. Tempoh rawatan akan ditentukan oleh doktor anda. Anda
mesti bincangkan dengan doktor anda jika anda mahu menghentikan rawatan.
Jika terlupa
mengambil Jangan ambil dos berganda untuk menggantikan dos yang terlupa. Ambil
dos seterusnya pada waktu biasa. Jika anda tertinggal beberapa dos, hubungi
doktor anda.
7. Jika
mengambil berlebihan (terlebih dos)
Jika anda
mengambil lebih banyak Lodoz daripada yang sepatutnya, segera hubungi doktor
anda atau jabatan kecemasan hospital yang terdekat. Bawa pembungkus dan
sebarang baki ubat bersama anda.
Tanda biasa
terlebih dos adalah pening-pening lalat, rasa hendak pitam, rasa tidak sihat,
rasa mengantuk, dan kadar denyutan jantung perlahan/tidak tetap .
Semasa menggunakan Lodoz
Perkara yang perlu dilakukan
Kehamilan, penyusuan bayi dan kesuburan: Jika
anda hamil atau menyusukan bayi, atau anda fikir anda mungkin hamil atau
merancang untuk hamil, minta nasihat daripada doktor atau ahli farmasi anda
sebelum anda mengambil ubat ini. Biasanya, doktor anda akan menasihatkan anda
supaya mengambil ubat lain, bukan Lodoz, kerana Lodoz tidak disyorkan semasa hamil. Ini adalah kerana
hydrochlorothiazide dan bisoprolol merentasi plasenta dan kegunaannya semasa
hamil boleh memudaratkan bayi anda. Beritahu doktor anda jika anda
menyusukan bayi atau akan mula menyusukan bayi.
· Perkara yang tidak boleh dilakukan
Jangan
gunakan ubat ini untuk merawat sebarang keadaan lain melainkan dibenarkan oleh
doktor atau ahli farmasi anda. Jangan beri ubat ini kepada orang lain, walaupun
mereka mengalami keadaan yang sama dengan anda.
· Jangan berhenti mengambil Lodoz, atau menukar
dos, tanpa mendapat kebenaran daripada doktor anda.
·
Perkara yang perlu diberi perhatian
Lodoz
biasanya tidak menjejaskan keupayaan anda untuk memandu atau menggunakan mesin.
Bagaimanapun, cara anda bertindak balas kepada ubat anda mungkin memberi kesan
kepada tumpuan atau tindak balas anda. Dalam keadaan sedemikian, jangan memandu
dan jangan menggunakan mesin.
·
Jika anda berhenti mengambil Lodoz Jangan
berhenti mengambil ubat ini melainkan diarahkan oleh doktor anda. Keadaan anda mungkin bertambah teruk jika
anda berhenti mengambilnya. Jika anda terpaksa mengganggu rawatan, doktor
anda akan memberitahu anda supaya mengurangkan dos secara beransur-ansur.
·
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan
berkaitan penggunaan ubat ini, tanya doktor atau ahli farmasi anda.
Lodoz
bertindak dengan mempengaruhi imbangan air garam dalam badan. Doktor anda akan
memantau dari masa ke masa. Ujian ini penting jika anda menghidap penyakit lain
yang boleh bertambah teruk jika imbangan air-elektrolit terganggu. Doktor anda
juga sesekali mungkin perlu mengesahkan kepekatan lipid, kalium, natrium,
kalsium, asid urik, urea atau glukosa dalam darah anda.
Kesan-kesan sampingan
Seperti
semua ubat, Lodoz boleh menyebabkan kesan sampingan, walaupun bukan semua orang
akan mengalaminya.
Kesan
sampingan umum (dialami kurang daripada 1 dalam 10 orang):
· pening*, sakit kepala*
· rasa sejuk atau kebas
dalam tangan dan kaki
· loya, muntah, cirit-birit
atau sembelit
· glukosa dalam air kencing
· rasa letih atau lemah*
*Symptoms yang berlaku pada awal rawatan dan
biasanya hilang selepas 1- 2 minggu rawatan bermula.
Kesan sampingan tidak biasa (dialami kurang
daripada 1 dalam 100 orang):
· tahap bendalir dan
elektrolit dalam badan tidak normal (trigliserida meningkat, kolesterol
meningkat, hipokalemia, hipomagnesemia, hiponatremia, hipokloremia,
hiperkalsemia) ·
hilang selera makan
· gangguan tidur,
kemurungan
· denyutan jantung
perlahan, ritma denyutan jantung tidak normal, kegagalan jantung bertambah
teruk
· rasa gayat atau pening
apabila anda berdiri
· kesukaran bernafas di
kalangan orang yang menghidap asma atau penyakit paru-paru
· sakit abdomen
· peningkatan amilase
(enzim yang terlibat dalam penghadaman)
· kelemahan dan kekejangan
otot
· peningkatan tahap
keratina dan urea dalam darah
· hilang kekuatan fizikal.
Anda boleh
melaporkan sebarang kesan sampingan atau kesan advers ubat terus kepada Pusat
Pemantauan Kesan Advers Ubat Kebangsaan melalui No. Tel: 03-78835550, atau
laman web portal.bpfk.gov.my (Consumers→Reporting).
Cara penyimpanan dan pelupusan Lodoz
Penyimpanan
Simpan ubat
ini di tempat yang tidak boleh dilihat dan dicapai oleh kanakkanak. Jangan
simpan pada suhu melebihi 25oC. Jangan gunakan ubat ini selepas tarikh luput.
Tarikh luput merujuk kepada hari terakhir bulan yang dinyatakan
Pelupusan
Ubat tidak
harus dilupuskan menerusi air buangan atau sampahsarap rumah. Tanya ahli
farmasi anda cara untuk melupuskan ubat yang tidak lagi diperlukan. Langkah ini
akan membantu melindungi alam sekitar.
Maklumat lanjut
Rupa dan warna produk Pil bersalut Lodoz 2.5
mg/6.25 mg:
·
Pil bersalut, kuning, bulat, dengan cetakan
timbul hati pada permukaan atas dwicembung, cetakan timbul 2.5 pada permukaan
bawah.
·
Pil bersalut Lodoz 5 mg/6.25 mg: Pil bersalut,
merah jambu pastel, bulat, dengan cetakan timbul hati pada permukaan atas
cembung, cetakan timbul 5 pada permukaan bawah.
·
Pil bersalut Lodoz 10 mg/6.25 mg: Pil bersalut,
putih, bulat, dengan cetakan timbul hati pada permukaan atas dwicembung,
cetakan timbul 10 pada permukaan bawah.
Pengilang:
Merck KGaA 64293 Darmstadt, Germany Pemegang
Pendaftaran Produk:
Merck Sdn Bhd (178145-V) Level 3, Menara
Sunway Annexe, Jalan Lagoon Timur Bandar Sunway 46150, Petaling Jaya Selangor
Darul Ehsan
MAL N.O:
Lodoz 2.5 mg: MAL05051115AS Lodoz 5 mg: MAL05051113A Lodoz 10mg: MAL05051114A
Labels:
Kegunaan dan kesan sampingan ubat Lodoz
Thanks for reading Kegunaan Dan Kesan Sampingan Ubat Darah Tinggi LODOZ TABLET (bisoprolol fumarate). Please share...!