Maklumat mengenai ubat-ubatan yang biasa diambil seperti kegunaan, cara pengambilan dan kesan-kesan sampingan sekiranya ada.

Powered by Blogger.

Search This Blog

Kegunaan Dan Kesan Sampingan Ubat Darah Tinggi LODOZ TABLET (bisoprolol fumarate)

Kegunaan Dan Kesan Sampingan Ubat Darah Tinggi LODOZ TABLET (bisoprolol fumarate)


Apa yang terkandung dalam risalah ini
1. Apakah kegunaan Lodoz
2. Bagaimana Lodoz berfungsi
3. Sebelum mengambil Lodoz
4. Cara menggunakan Lodoz
5. Semasa anda menggunakan Lodoz
6. Kesan-kesan sampingan
7. Cara penyimpanan dan pelupusan Lodoz
8. Maklumat lanjut
9. Pengilang dan Pemegang pendaftar produk
10. Tarikh kemaskini RiMUP

Apakah kegunaan Lodoz
Bahan aktif adalah bisoprolol dan hydrochlorothiazide. Ubat ini disyorkan untuk rawatan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit yang tidak dapat mengawal tekanan darah secukupnya dengan bisoprolol atau hydrochlorothiazide sahaja.

Bagaimana Lodoz berfungsi
Bisoprolol tergolong dalam kumpulan ubat dinamakan penyekat beta dan digunakan untuk menurunkan tekanan darah. Bisoprolol memperlahankan kadar denyutan jantung dan menjadikan jantung lebih cekap mengepam darah ke seluruh badan.  Hydrochlorothiazide tergolong dalam kumpulan ubat dinamakan diuretik thiazide (juga dikenali sebagai “pil air”). Hydrochlorothiazide membantu menurunkan tekanan darah dengan meningkatkan pembuangan air kencing.

Sebelum mengambil Lodoz
Bila tidak boleh mengambil :
· anda alah kepada bisoprolol, hydrochlorothiazide, thiazide lain, sulphonamides (bahan yang secara kimia dikaitkan kepada hydrochlorothiazide) atau sebarang ramuan lain dalam ubat ini.
 · anda mengalami kelemahan akut otot jantung (kegagalan jantung akut) atau jika kelemahan otot jantung anda tidak dikawal (kegagalan jantung dekompensasi)
· anda mengalami kejutan disebabkan serangan jantung (kejutan kardiogenik)
· anda mengalami gangguan teruk ritma denyutan jantung (sekatan AV darjah ke-2 dan ke-3, sindrom sinus sakit, sekatan sinoatrium)
· kadar denyutan jantung anda tersangat perlahan
· anda menghidap asma teruk atau masalah pernafasan lain seperti gangguan pernafasan kronik
 · anda mengalami gangguan peredaran yang teruk hingga menjejaskan anggota (seperti sindrom Raynaud yang boleh mengakibatkan jari tangan dan kaki menjadi pucat, lebam atau menggelenyar)
· anda mempunyai phaeochromocytoma (tumor adrenal luar biasa) yang tidak dirawat
· anda mengalami peningkatan kepekatan asid darah (asidosis metabolisme) disebabkan penyakit serius
· anda mengalami gangguan buah pinggang atau hati yang teruk
· tahap kalium darah anda rendah dan rawatan tidak berkesan
· anda menyusukan bayi
· anda mengalami kekurangan natrium yang teruk (hyponatraemia)
 · tahap kalsium dalam darah anda meningkat (hypercalcaemia)
· anda mengalami gout Sebelum mula mengambil Beritahu doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil Lodoz jika anda: mengalami kegagalan jantung. Ubat ini boleh menyebabkan kekurangan kalium.Tahap kalium rendah ada kalanya boleh menyebabkan masalah ritma denyutan jantung yang kadangkala boleh membawa maut.
· Doktor anda perlu melaraskan dos bisoprolol anda dengan teliti sebelum anda mula mengambil Lodoz
· merancang untuk menjalani pembedahan. Kadar denyutan jantung dan tekanan darah anda boleh berubah apabila ubat bius diambil bersama dengan Lodoz. Beritahu pakar bius bahawa anda mengambil Lodoz
· menghidap asma atau sebarang gangguan pernafasan kronik lain yang boleh menyebabkan gejala kesukaran bernafas atau penyempitan saluran udara (bronkospasma). Dalam kes sedemikian, doktor anda mungkin menaikkan dos ubat pernafasan yang sedia ada atau menambah lebih banyak ubat untuk masalah pernafasan.
· menghidap diabetes (kencing manis), Lodoz boleh menyembunyikan gejala gula darah rendah (hipoglisemia)
· puasa dan melakukan aktiviti fizikal yang berat
· mendapat tumor medula adrenal (phaeochromocytoma) yang sedang dirawat; Lodoz hanya boleh digunakan dalam kombinasi dengan produk ubat tertentu (penyekat alfa)
· menerima rawatan untuk tindak balas alahan. Lodoz mungkin memburukkan lagi tindak balas alahan anda. Rawatan normal anda juga boleh menjadi kurang berkesan
· gangguan tiroid (bisoprolol boleh menyembunyikan gejala tiroid terlebih aktif).
· mengalami gangguan konduksi jantung (sekatan atrioventrikel (AV) darjah 1)
· dada rasa sesak, sakit sewaktu berehat (angina Prinzmetal). Lodoz mungkin meningkatkan bilangan dan tempoh serangan
· menghidap (atau pernah menghidap) masalah kulit berulang-ulang menyebabkan kulit bersisik, ruam kulit kering (psoriasis)
· mengalami masalah peredaran darah dalam jari tangan, jari kaki, lengan dan kaki atau sakit seperti kekejangan dalam betis disebabkan bersenam atau berjalan. Keadaan ini mungkin teruk, khususnya sewaktu permulaan rawatan
· mengalami kekurangan jumlah darah (hypovolaemia)
· mengalami masalah buah pinggang atau hati ringan hingga sederhana
· tahap asid urik tinggi dalam darah anda (hyperuricaemia), memandangkan Lodoz berkemungkinan meningkatkan risiko serangan gout
· anda sudah berumur
· merancang untuk mendedahkan diri anda kepada matahari atau sinar UV tiruan, memandangkan sesetengah pesakit pernah mendapat ruam kulit selepas terdedah kepada matahari. Oleh itu, anda mesti melindungi kulit anda semasa rawatan dengan Lodoz.
· Jika anda memakai kanta lekap, Lodoz mungkin mengurangkan pengeluaran air mata, yang boleh menyebabkan kerengsaan. Manfaat penuh daripada ubat pendorong kencing (hydrochlorothiazide) untuk tekanan darah hanya diperolehi apabila buah pinggang berfungsi dengan sewajarnya. Fungsi buah pinggang boleh merosot di kalangan pesakit yang sudah pun mengalami masalah buah pinggang.

Jika mengambil ubat-ubat lain
Beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda sedang mengambil, baru-baru ini mengambil, atau mungkin akan menggunakan sebarang ubat lain. Beritahu doktor anda jika anda sudah pun mengambil atau menggunakan mana-mana ubat berikut yang boleh bertindak balas dengan ubat anda.

Jangan ambil Lodoz dengan:
· sultoprida, digunakan untuk merawat skizofrenia. Ambil langkah berjaga-jaga khas dengan Lodoz dan
· sesetengah ubat yang digunakan untuk merawat hipertensi, angina atau aritmia jantung (seperti verapamil, diltiazem, bepridil, amlodipine, felodipine) yang boleh meningkatkan risiko gangguan ritma denyutan jantung atau boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
· ubat untuk merawat tekanan darah tinggi (clonidine, moxonidine, amlodipine, methyldopa, reserpine, ACE inhibitors)
· ubat lain yang digunakan untuk merawat keadaan mental tertentu (lithium,trycylic, phenothiazines) · ubat untuk merawat denyutan jantung (quinidine, disopyramide, amiodarone, sotalol)
· ubat untuk mengawal kelajuan denyutan jantung anda (digitalis glikosida)
· ubat untuk merawat kesakitan, bengkak atau kemerahan (ubat antiradang)
· penyekat beta topikal seperti titisan mata untuk merawat glukoma
· insulin atau ubat makan untuk merawat diabetes
· jika anda akan menjalani pembedahan yang memerlukan pembiusan, beritahu doktor anda bahawa anda mengambil Lodoz
· ubat untuk merawat kemurungan (tricyclic antidepressants)
· ubat yang menjejaskan sistem saraf anda seperti epinephrine, norepinephrine (sympathomimetics) · ubat untuk mengurangkan tahap asid urik dalam darah
· ubat yang menjejaskan atau boleh terjejas dengan tahap kalium darah, seperti digoxin, ubat untuk merawat ritma denyutan jantung, sesetengah ubat antipsikotik
· corticosteroid, amphotericin, furosemide, julap. Ubat-ubat ini boleh menyebabkan kekurangan kalium
· methyldopa. Ubat ini boleh menyebabkan masalah dengan tekanan darah anda
· mefloquine untuk mencegah malaria, ia mungkin memperlahankan kadar denyutan jantung anda

Cara menggunakan Lodoz
1. Berapa banyak harus diambil
Ambil ubat ini betul-betul seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Jika anda tidak pasti, minta penjelasan daripada doktor atau ahli farmasi anda. Dos yang disyorkan adalah satu biji pil Lodoz 2.5/6.25 mg untuk diambil sekali sehari. Jika kesannya tidak mencukupi doktor anda mungkin meningkatkan dos kepada satu biji pil Lodoz 5/6.25 mg diambil sekali sehari.
Jika dos kedua membuktikan tidak berkesan, dos boleh dinaikkan kepada satu biji pil Lodoz 10/6.25 mg sekali sehari.

2. Penggunaan di kalangan kanak-kanak
Penggunaan Lodoz tidak disyorkan kerana tiada pengalaman yang mencukupi dalam penggunaan produk ubat ini di kalangan kanak-kanak.

3. Penggunaan di kalangan orang tua
Tiada perubahan dos biasanya diperlukan. Dos paling rendah disyorkan untuk permulaan.

4. Kerosakan fungsi buah pinggang
Di kalangan pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang ringan hingga sederhana, doktor mungkin mengarahkan penggunaan dos lebih rendah. Pil Lodoz tidak boleh digunakan jika pesakit mengalami kerosakan buah pinggang teruk (lihat bahagian ‘Bila tidak boleh mengambil’).

5. Bila perlu diambil
Untuk diambil melalui mulut. Pil mesti diambil pada waktu pagi, dengan makanan .Pil boleh ditelan dengan cecair dan tidak boleh dikunyah. Pil hendaklah diambil sekali sehari.

6. Berapa lama perlu diambil
Tempoh rawatan tidak terhad dan bergantung pada keadaan penyakit. Tempoh rawatan akan ditentukan oleh doktor anda. Anda mesti bincangkan dengan doktor anda jika anda mahu menghentikan rawatan.

Jika terlupa mengambil Jangan ambil dos berganda untuk menggantikan dos yang terlupa. Ambil dos seterusnya pada waktu biasa. Jika anda tertinggal beberapa dos, hubungi doktor anda.

7. Jika mengambil berlebihan (terlebih dos)
Jika anda mengambil lebih banyak Lodoz daripada yang sepatutnya, segera hubungi doktor anda atau jabatan kecemasan hospital yang terdekat. Bawa pembungkus dan sebarang baki ubat bersama anda.

Tanda biasa terlebih dos adalah pening-pening lalat, rasa hendak pitam, rasa tidak sihat, rasa mengantuk, dan kadar denyutan jantung perlahan/tidak tetap .

Semasa menggunakan Lodoz
Perkara yang perlu dilakukan
Kehamilan, penyusuan bayi dan kesuburan: Jika anda hamil atau menyusukan bayi, atau anda fikir anda mungkin hamil atau merancang untuk hamil, minta nasihat daripada doktor atau ahli farmasi anda sebelum anda mengambil ubat ini. Biasanya, doktor anda akan menasihatkan anda supaya mengambil ubat lain, bukan Lodoz, kerana Lodoz tidak disyorkan semasa hamil. Ini adalah kerana hydrochlorothiazide dan bisoprolol merentasi plasenta dan kegunaannya semasa hamil boleh memudaratkan bayi anda. Beritahu doktor anda jika anda menyusukan bayi atau akan mula menyusukan bayi. 

Lodoz tidak sepatutnya digunakan di kalangan ibu yang menyusukan bayi. Hydrochlorothiazide boleh menjejaskan pengeluaran susu anda.


·        Perkara yang tidak boleh dilakukan 
      Jangan gunakan ubat ini untuk merawat sebarang keadaan lain melainkan dibenarkan oleh doktor atau ahli farmasi anda. Jangan beri ubat ini kepada orang lain, walaupun mereka mengalami keadaan yang sama dengan anda.

·        Jangan berhenti mengambil Lodoz, atau menukar dos, tanpa mendapat kebenaran daripada doktor anda.
·         
      Perkara yang perlu diberi perhatian 
Lodoz biasanya tidak menjejaskan keupayaan anda untuk memandu atau menggunakan mesin. Bagaimanapun, cara anda bertindak balas kepada ubat anda mungkin memberi kesan kepada tumpuan atau tindak balas anda. Dalam keadaan sedemikian, jangan memandu dan jangan menggunakan mesin.

·         Jika anda berhenti mengambil Lodoz Jangan berhenti mengambil ubat ini melainkan diarahkan oleh doktor anda. Keadaan anda mungkin bertambah teruk jika anda berhenti mengambilnya. Jika anda terpaksa mengganggu rawatan, doktor anda akan memberitahu anda supaya mengurangkan dos secara beransur-ansur.
·         Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan penggunaan ubat ini, tanya doktor atau ahli farmasi anda.

Lodoz bertindak dengan mempengaruhi imbangan air garam dalam badan. Doktor anda akan memantau dari masa ke masa. Ujian ini penting jika anda menghidap penyakit lain yang boleh bertambah teruk jika imbangan air-elektrolit terganggu. Doktor anda juga sesekali mungkin perlu mengesahkan kepekatan lipid, kalium, natrium, kalsium, asid urik, urea atau glukosa dalam darah anda.

Kesan-kesan sampingan
Seperti semua ubat, Lodoz boleh menyebabkan kesan sampingan, walaupun bukan semua orang akan mengalaminya.

Kesan sampingan umum (dialami kurang daripada 1 dalam 10 orang):
· pening*, sakit kepala*
· rasa sejuk atau kebas dalam tangan dan kaki
· loya, muntah, cirit-birit atau sembelit
· glukosa dalam air kencing
· rasa letih atau lemah*
*Symptoms yang berlaku pada awal rawatan dan biasanya hilang selepas 1- 2 minggu rawatan bermula.

 Kesan sampingan tidak biasa (dialami kurang daripada 1 dalam 100 orang):
· tahap bendalir dan elektrolit dalam badan tidak normal (trigliserida meningkat, kolesterol meningkat, hipokalemia, hipomagnesemia, hiponatremia, hipokloremia, hiperkalsemia) · hilang selera makan
· gangguan tidur, kemurungan
· denyutan jantung perlahan, ritma denyutan jantung tidak normal, kegagalan jantung bertambah teruk
· rasa gayat atau pening apabila anda berdiri
· kesukaran bernafas di kalangan orang yang menghidap asma atau penyakit paru-paru
· sakit abdomen
· peningkatan amilase (enzim yang terlibat dalam penghadaman)
· kelemahan dan kekejangan otot
· peningkatan tahap keratina dan urea dalam darah
· hilang kekuatan fizikal.

Anda boleh melaporkan sebarang kesan sampingan atau kesan advers ubat terus kepada Pusat Pemantauan Kesan Advers Ubat Kebangsaan melalui No. Tel: 03-78835550, atau laman web portal.bpfk.gov.my (Consumers→Reporting).

Cara penyimpanan dan pelupusan Lodoz
Penyimpanan
Simpan ubat ini di tempat yang tidak boleh dilihat dan dicapai oleh kanakkanak. Jangan simpan pada suhu melebihi 25oC. Jangan gunakan ubat ini selepas tarikh luput. Tarikh luput merujuk kepada hari terakhir bulan yang dinyatakan
Pelupusan
Ubat tidak harus dilupuskan menerusi air buangan atau sampahsarap rumah. Tanya ahli farmasi anda cara untuk melupuskan ubat yang tidak lagi diperlukan. Langkah ini akan membantu melindungi alam sekitar.

Maklumat lanjut
 Rupa dan warna produk Pil bersalut Lodoz 2.5 mg/6.25 mg:
·         Pil bersalut, kuning, bulat, dengan cetakan timbul hati pada permukaan atas dwicembung, cetakan timbul 2.5 pada permukaan bawah.
·         Pil bersalut Lodoz 5 mg/6.25 mg: Pil bersalut, merah jambu pastel, bulat, dengan cetakan timbul hati pada permukaan atas cembung, cetakan timbul 5 pada permukaan bawah.
·         Pil bersalut Lodoz 10 mg/6.25 mg: Pil bersalut, putih, bulat, dengan cetakan timbul hati pada permukaan atas dwicembung, cetakan timbul 10 pada permukaan bawah.

Pengilang:
 Merck KGaA 64293 Darmstadt, Germany Pemegang
Pendaftaran Produk:
 Merck Sdn Bhd (178145-V) Level 3, Menara Sunway Annexe, Jalan Lagoon Timur Bandar Sunway 46150, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan
MAL N.O: Lodoz 2.5 mg: MAL05051115AS Lodoz 5 mg: MAL05051113A Lodoz 10mg: MAL05051114A


Back To Top