Maklumat mengenai ubat-ubatan yang biasa diambil seperti kegunaan, cara pengambilan dan kesan-kesan sampingan sekiranya ada.

Powered by Blogger.

Search This Blog

Warfarin Ubat Cair Darah

Warfarin Ubat Cair Darah

Warfarin digunakan untuk menghalang pembentukan darah beku dan menghalang darah beku sedia ada daripada menjadi semakin besar. Ia dipreskripsikan oleh pegawai perubatan untuk pesakit yang mempunyai masalah atau risiko berlakunya pembekuan darah tidak normal. Antara indikasi warfarin ialah :

Atrial Fibrillation – degupan jantung tidak teratur
Heart valve replacement – gentian injap jantung
Deep vein thrombosis – darah beku di kaki
Pulmonary embolism – darah beku di paru-paru

Setiap indikasi di atas mempunyai julat selamat INR yang berbeza.
Bagaimana Warfarin Bertindak dalam Badan?
Dalam keadaan normal, darah manusia mengandungi vitamin K yang membantu pembekuan darah dan menghalang pendarahan daripada terus berlaku. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu darah yang beku akan begerak ke organ-organ penting seperti jantung, paru-paru dan otak yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat lalu mengakibatkan serangan jantung dan angin ahmar. Oleh itu penggunaan warfarin dapat membantu menghalang kesan vitamin K dalam darah seterusnya mengelakkan darah beku menjadi lebih besar.
Apakah International Normalised Ratio (INR)?
Bacaan INR menerangkan kadar berlakunya pembekuan darah dalam badan. Dos Warfarin bergantung kepada sasaran INR yang dikehendaki supaya berada dalam julat yang disyorkan. Kebiasaannya julat INR yang dikehendaki adalah antara 2.0 hingga 3.0. Ujian darah perlu dilakukan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh rawatan bagi memantau bacaan INR.
alt
MEMAHAMI INR DAN FUNGSINYA

INR yang dipantau sangat berkait rapat dengan diet dan ubat-ubatan lain yang diambil bersama warfarin. Pesakit perlu menjalani ujian darah bagi mengetahui bacaan INR. Nombor INR yang lebih tinggi menunjukkan masa yang lebih lama diperlukan untuk darah membeku. Ia menyebabkan risiko berdarah lebih tinggi kepada pesakit. Manakala nombor INR yang rendah membawa maksud sebaliknya. Cabaran kepada pesakit warfarin diakui kerana sekiranya INR yang dipantau melebihi julat selamat, pesakit perlu hadir dalam tempoh seminggu atau dua minggu untuk pemantauan lanjut melalui ujian darah. Ia melibatkan kos perjalanan ulang-alik ke fasiliti kesihatan dan juga masa yang diambil oleh ahli keluarga pesakit yang menemani ke hospital. Bagi pesakit yang didapati ujian INR nya terlampau tinggi, pesakit akan dimasukkan ke hospital dengan segera.

BUKU RAWATAN ANTIKOAGULASI (WARFARIN) SEBAGAI PANDUAN

Pesakit yang dipreskripsi dengan warfarin akan diberikan kaunseling lengkap sebelum dibenarkan pulang. Buku antikoagulan turut dibekalkan sebagai panduan pesakit dan keluarga sepanjang tempoh rawatan. Ia bukanlah untuk menyukarkan hidup pesakit tetapi bagi memberikan pengetahuan kepada pesakit bahawa pengambilan ubat ini tidak boleh diambil ringan. Risiko terbesar iaitu strok dan kematian adalah tinggi sekiranya pematuhan ubat ini tidak diikuti.

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) telah mengeluarkan panduan lengkap kepada pesakit iaitu Buku Rawatan Antikoagulasi (Warfarin). Ia bertujuan bagi membantu pesakit memahami keperluan dalam memastikan dos warfarin berada dalam julat selamat.

Salinan buku panduan dengan saiz poket ini boleh dimuat turun melalui laman web rasmi BPF : http://www.pharmacy.gov.my

Oleh yang demikian, amat penting bagi pesakit untuk memahami fungsi ubat ini dan mengikuti panduan pemakanan yang diberikan oleh anggota kesihatan. Elakkan pengambilan produk kesihatan sewenang-wenangnya tanpa pengawasan pegawai perubatan atau pegawai farmasi kerana kosnya ialah nyawa pesakit itu sendiri.

Apakah yang akan Mempengaruhi Keputusan INR?
Keputusan INR boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor:
Perubahan mendadak dalam gaya hidup dan aktiviti harian boleh menyebabkan bacaan INR menjadi tidak stabil
  1. Ubat-ubatan/suplemen
    • Ubat tahan sakit : Aspirin, Mefenamic Acid, Ibuprofen
    • Ubat antibiotik : Erythromycin, Chloramphenicol, Ciprofloxacin
    • Ubat sawan : Carbamazepine, Phenytoin
    • Vitamin/Suplemen : Vitamin C, E & K, Coenzyme Q10
    • Ubat tradisional/herba : St. John’s Wort, Gingko, Ginseng, Teh hijau, Bawang putih
    Sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan sebarang ubat
  2. Pemakanan
    • Perubahan besar dalam corak pemakanan
    • Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan Vitamin K yang tinggi : Sayuran hijau seperti sawi, bayam, brokoli, kobis dan lain-lain, produk kacang soya, hati, teh hijau, jus kranberi
    • Pengambilan makanan yang mengandungi Vitamin K yang tinggi perlu diambil secara konsisten
  3. Gaya Hidup
    • Perubahan aktiviti fizikal yang mendadak
    • Pengambilan alkohol
    • Merokok
Kesan Sampingan Yang Mungkin Dialami
  • Pendarahan
  • Lebam (kulit kebiruan)
  • Ruam
  • Loya
  • Muntah
  • Jaundis
Bilakah Rawatan Segera Diperlukan?
Sila berhubung dengan doktor apabila :
  1. Mengalami pendarahan seperti berikut :
    • Pendarahan yang lama dari luka
    • Hidung berdarah
    • Gusi berdarah tidak berhenti selepas 30 minit
    • Batuk dan muntah darah
    • Lebam yang tidak diketahui puncanya
    • Kencing berdarah atau berwarna gelap
    • Najis berwarna gelap atau hitam
    • Kedatangan haid yang luar biasa atau pendarahan faraj
  2. Mendapat tanda-tanda berikut :
    • Sesak nafas
    • Sakit dada
    • Kaki bengkak
*Kesan ini memerlukan anda berjumpa doktor dengan segera
Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian
Jangan lupa :
  • Mengambil warfarin seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi. Jangan gandakan dos hari ini jika terlupa mengambilnya semalam.
  • Melakukan ujian darah seperti yang diarahkan.
  • Memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi mengenai ubat-ubatan, ubat tradisional, herba-herba dan makanan tambahan (suplemen) yang diambil.
  • Mengekalkan tabiat pemakanan sihat dan gaya hidup yang hampir sama setiap hari. Elakkan daripada melakukan perubahan mendadak pada pemakanan dan aktiviti harian.
  • Memberitahu doktor atau ahli farmasi jika anda mengandung atau merancang untuk mengandung.
  • Berjumpa doktor jika sakit atau mengalami luka atau pendarahan yang lebih teruk daripada biasa.
  • Memberitahu doktor/doktor gigi/ahli farmasi bahawa anda sedang dalam rawatan dengan ubat Warfarin.



Merawat Sakit Lutut Cara Saya

Merawat Sakit Lutut Cara Saya

Golongan yang berusia sering menghadapi masaalah sakit lutut. Sakit lutut menyebabkan aktiviti harian amat terbatas.

APAKAH PUNCA SAKIT LUTUT?

Sakit lutut terjadi berpunca dari kecederaan di lutut dan juga disebabkan oleh arthritis. Kecederaan di lutut boleh menjejaskan samaada ligamen, tendon atau kantung berisi cecair (bursae) yang mengelilingi sendi lutut dan juga tulang, rawan dan ligamen yang membentuk sendi itu sendiri.

Jenis kecederaan yang biasa dialami seperti kecederaan ACL, patah tulang lutut, meniskus koyak dan lain-lain lagi.

Golongan muda yang gemar bersukan juga berhadapan risiko yang tinggi untuk cedera seterusnya mengalami masalah sakit lutut.

Dikalangan golongan yang berusia, masalah lutut yang dihadapi lazimnya berpunca dari osteoarthritis. Semakin berusia, sel rawan yang melindungi tulang lutut menjadi haus dari semasa ke semasa. Bila sel rawan menjadi semakin haus, tulang di lutut akhirnya akan bergesel dan menyebabkan rasa amat sakit, bengkak dan susah untuk bergerak.

Mereka yang mengalami masaalah berat badan berlebihan dan pernah alami kecederaan di lutut lebih tinggi risiko untuk menghidapi masalah sakit lutut ini. Dari segi jantina, kaum wanita berisiko tinggi untuk alami osteoarthritis berbanding kaum lelaki.

Bagi mereka yang mula mengalami simptom sakit lutut seperti bengkak di sendi lutut, rasa kejang di awal pagi, kesakitan yang berulang-ulang di sendi lutut dan sukar untuk menggerakkan sendi secara normal, adalah disarankan untuk berjumpa doktor dan dapatkan rawatan awal. Ini dapat mencegah dari masalah tersebut menjadi lebih teruk sehingga membataskan pergerakan dan menjejaskan kehidupan seharian.

MERAWAT SAKIT LUTUT CARA SAYA

Bila kita alami sakit lutut, cara terbaik menghadapinya adalah dengan sokongan membaikpulih kandungan nutrisi dalam badan supaya seimbang dengan keperluan hidup. Kaedah ini dapat bantu melegakan kesakitan, mengurangkan keradangan, mengelakkan kerosakan pada sendi dan mengekalkan sendi bergerak dan berfungsi dengan betul.

Antara cara yang boleh diamalkan:

1. Banyakkan makanan yang mengandungi sulfur seperti asparagus, telur, bawang putih dan bawang besar. Sulfur penting dalam membaikpulih dan membina tulang, rawan dan tisu penyambung. Ia juga membantu dalam penyerapan kalsium.

2. Perbanyakkan juga pengambilan sayuran hijau, buah-buahan segar, produk soya, gandum, oatmeal, beras perang, ikan dan avocado dalam diet anda.

3. Lakukan senaman ringan seperti berkebun dikeliling rumah, regangan, berbasikal dan berjalan.

4. Bila kita bersenam, banyak manfaat diperolehi, antaranya:

  • Meningkatkan aliran darah untuk menggalakkan penyembuhan dan pemulihan tisu yang rosak.
  • Meningkatkan aliran darah ke otak menjadikan kita lebih peka, bantu atasi stress, kebimbangan dan kemurungan.
  • Meningkatkan fleksibiliti dan memelihara pergerakan sendi
  • Membantu membina kekuatan otot

5. Kekalkan berat badan ideal. Pastikan BMI anda berada di antara 20-24.9. Sekiranya anda obes, usaha untuk turunkan berat badan. Lebih banyak pertambahan berat, lebih tinggi tekanan anda kenakan pada sendi.

6. Elakkan merokok kerana ia mengandungi solanine dan nikotin yang boleh merosakkan otot dan saraf metabolisme. (Nasehat ini sukar dipatuhi oleh perokok)

7. Elakkan diri dari tekanan dan kekalkan sikap mental yang positif kerana kemurungan memburukkan lagi simptom osteoarthritis, punca kepada sakit lutut.

8. Luangkan masa di luar untuk dapatkan udara segar dan cahaya matahari.
Pendedahan kepada cahaya matahari menggalakkan penghasilan Vitamin D yang penting dalam pembentukan tulang yang sihat.

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK BANTU ATASI MASALAH SAKIT LUTUT

Pengambilan suplemen yang betul dapat membantu atasi sakit lutut dengan cepat dan berkesan. Antara suplemen yang dicadangkan termasuklah:

Jus Delima Bio Emas - bahan aktif dalam Jus Delima Bio Emas iaitu Polyphenol dan Anthocyanin boleh membantu merawat sakit sendi dengan mengekalkan dan memperbaiki struktur sendi serta mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi. Selain itu, Jus Delima Bio Emas berkesan dalam mengatasi masalah keradangan, memperbaik DNA dan melindungi sel dari rosak akibat radikal bebas.

Jus Delima Bio Emas juga berkesan menstabilkan paras asid urik, iaitu asid yang boleh mendatangkan masaalah kepada sendi seperti gout. Jadi, pengambilan suplemen Jus Delima Bio Emas dapat bantu tingkatkan kandungan kolagen dalam badan. Kolagen bertindak memberi regangan kepada sendi, menjaga rangka lutut dan memelihara tulang rawan yang hampir rosak.

Jus Delima Bio Emas mengandungi madu lebah dan ekstrak kurma yang membekalkan tenaga. Ini membantu memberi tenaga kepada pesakit untuk pergerakan yang lebih baik.

Jus Delima Bio Emas kaya denganh Vitamin B, K, B17 bagi menampung keperluan semulajadi tubuh.

Maklumat lanjut mengenai kegunaan Jus Delima Bio Emas boleh lihat di www.jusioemas.com
MENGAWAL KANSER PAYUDARA SAYA
Back To Top